Mondo Mini Shows Web Originals: Shard At Work

Wednesday, July 28, 2010



layan saja .♥

Kisah - Kisah Lucu Ver 2

Burung Kakak Tua Yang Gatal

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu… )

Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru tiap lagi ada 3 orang cikgi melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgi yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir… ke hulu, ke hilir…..

Setiap hari burung ni tengok cikgi-cikgi tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi -nyanyi… . tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2… lama-lama makin boring pulak… so dia ternampak le si cikgi-cikgi tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia… then tonyoh tonyoh sikit mata dia… dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia… pas tu dia jerit kuat-kuat… .
“BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!”

Cikgi-cikgi tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat… Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang….. Keesokan harinya cikgi-cikgi tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je… bila cikgi ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi…
“PUTIH!!! BUNGA-BUNGA!!! PINK!!!”

Cikgi-cikgi tu terkejut… dan berjalan cepat-cepat lagi…sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa…..cikgi pertama bercakap “camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?” Cikgi kedua menjawab “Tak tau pulak … . ahli sihir ke apa ntah… ..” . Cikgi ketiga mencelah “Alah..kebetulan je agaknyer… .. tak pe, kita tengok besok pulak camana… ” Keesokan hari nya macam biasa… pagi-pagi cikgi-cikgi tu lalu depan rumah burung tu… . burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah… …..”Iyah! iyah! lapan lapan lagi… satu… dua… ” dan seterusnya. Bila cikgi ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung… . Burung pun tengok… . dia jerit lagi..
KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!”

Cikgi-cikgi berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi… Cikgi pertama “Memang betul apa yang burung tu cakap… . heh, apa nak buat hah?”. Cikgi kedua “Kita mesti buat something untuk uji burung tu… “.Cikgi ketiga… .”Aku tau… apa kata esok kita semua pakai color hitam”. “Okey…Set!!!!!” balas depa… .. Keesokan harinya… … sama juga… . bila<> HITAM!!HITAM!!HITAM!!!!”

Cikgi-cikgi tu berlari anak lagi… .di sekolah mereka berbincang… . cikgi pertama “Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent… “
Cikgi kedua “Atau pun dia cuma boleh kenal warna… .”.
Cikgi ketiga… “Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung.” “Orait!! Set!!” depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je… . bila cikgi-cikgi tu nak ke sekolah, burung tu tengok… . ditenungnye lama-lama… cikgi-cikgi tu mula tersenyum dan jalan slow-slow… … sambil toleh-toleh kat burung tu… burung tu tengok lagi… . dia naik-naikkan matamacam Ziana Zain gitu… .dah tu pusing belakang… dia tengok lagi dengan cara menonggeng… ..dah tu dia pandang ke depan balik… . dia garu-garu kepala… dah tu usap-usap dagu… ..dia cekak pinggang… .. dah tu burung tu pegang dagu lagi… pastu dia senyum… ..dia jerit lagi kuat kali ni…

“LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Cikgi-cikgi ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer… .. Razz

*cikgi=ganti nama kepada cikgu pompuan yek…

Makcik Yang Nak Terkencing Dalam Bas

Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. “alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing”. Adohh… malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti’ kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah… hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. “macam mana nak buat ni..?” Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. “alahh kencing je lah ikut tingkap ni”. Hajatnya lepas dengan jayanya…

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. “kurang hajar!!!”

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. “sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!! baik korang mengaku!!!”

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. “makcik ni apahal bangun!! duduk!!!” jerit Mamat ni. “cepat!! ngakulah!!!” kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata “sebenarnya nak…” Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

“Makcik diam!”, kata Mamat tu.”Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!” jerit Mamat ni.

Noda² Hina

Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki lima ibu kota dengan riang.

Alangkah bahagianya jika aku dapat menikmati malam-malam begini tanpa kongkongan, tanpa perlu menjadi hamba kepada sesiapa. Perlahan-lahan Joe menyentuh tubuhku. Dilurut-lurutnya berkali-kali. Namun apakan daya, sebagai makhluk yg lemah aku hanya mampu membiarkan tangan sasa itu menguliti sekujur tubuhku.Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis.

Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.

Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK

Kisah 3 Beradik Yang Kahwin Serentak

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? “anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?”

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!” ??????????????..

Kisah - Kisah Lucu

APA ITU SEX?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........


KISAH SEORANG PANGLIMA

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)


NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."


LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"


MASA BERCINTA


engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.


BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...

Sumbangan Yesze


PEGANG KUAT-KUAT

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

Seks Dalam Tandas!

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!


Kehangatan Malam Pertama


Malam itu bulan mengambang penuh, Sejuk dan sunyi, Seolah-olah merestui apa yang akan ku lakukan. Namun jantungku berdebar kencang
Aku tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Sejak awal malam lagi aku sudah mula risau. Pengalaman yang ada cuma dari cerita orang saja
Dialah yang pertama bagiku. Malam sudah hampir subuh. Aku masih terpaku lagi. Dapat kurasa kehangatan badannya di sisiku. Orang lain semua masih tidur. Kata orang inilah masa yang paling sesuai. Sebelum subuh. Sebelum matahari terbit

Ahhhhhhhhh!! Aku lelaki. Aku mesti boleh melakukannya. Mesti mesti mesti. Ku beranikan diri.Ku pandang saja.Dia diam saja. Ku renung matanya
Dia masih diam. Aku tahu dia menunggu aku. Akulah yang mesti melakukan.Mesti mesti mesti.

Denyutan jantungku bertambah kencang, Kuberanikan diri lagi
Ku pegang kepalanya
Dia masih diam
Perlahan, ku raba belakangnya
Oh! Dia bergerak
Mungkin geli
Denyutan jantungku tidak terkira lagi

Ku pandang punggungnya yang bulat
besar, terlintas di fikiranku
gatal di hatiku makin menjadi
ku pegang punggungnya yang pejal
ku dengar deru nafasnya
jantungku hampir meletup kurasa
geramku tidak tertahan lagi
kini aku sudah nekad
ku pegang susunya
ohhhh! Alangkah lembutnya
alangkah halus kulitnya
ku ramas perlahan
dia menoleh!!
Hampir pengsan ku rasa
Namun aku tahu aku sudah bersedia
Dia tahu aku akan?..
Aku terus duduk
Aku sudah tidak malu lagi
Aku sudah tidak takut lagi
Aku kangkangkan kedua kakinya
Ku letakkan kedua tanganku pada susunya
Besar dan penuh
Ku ramas pelahan
Lagi dan lagi
Kini aku sudah tahu
Kini aku sudah rasa
Bagaimana seronoknya
Memerah susu lembu...

Rajin ke Kubur

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"


Mustika Ratu Slimming Tea

Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.
Pemuda : "Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia.Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti."
Bomoh : "Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki.Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti."
Pemuda : "Bagaimanakah caranya tok bomoh."
Bomoh : "Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya."
Pemuda : "Bagaimana caranya tok ?"
Bomoh : "Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu."
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.
Pada malam pertamanya,tok bomoh juga berada dirumahnya.Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat.Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut.Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih.Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : "Kenapa cepat sangat..?"
Pemuda : "Saya punya memang panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?"
Bomoh : "Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?"
Pemuda : "Sudah tok.Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh."
Bomoh : "Teh apa yang kamu gunakan ?"
Pemuda : "Mustika Ratu - Slimming Tea tok..."


Celana Dalam Siapa

Yanti baru saja pulang dari tugas luar kota. Sesampai di rumah, di dalam lemarinya, dia menemukan celana dalam perempuan yang bukan miliknya. Dengan berang dia bertanya kepada suaminya,
"Ini celana dalam siapa?"
"Mana aku tahu," jawab suaminya.
Tersinggung dengan jawaban suaminya, Yanti memanggil
Inem pembantunya untuk mencaritahu. "Nem, kamu pasti tahu ini celana siapa?" tanya Yanti.
"Nggak tahu Nyah. Saya nggak pernah pakai celana dalam, Tuan aja tahu."

Cewek Telanjang Naik Teksi

Cewek telanjang nekad naik taksi, pemandu teksi pun membebel. Si cewek pun marah-marah.
"Gak pernah liat orang telanjang apa!!!"

Pemandu teksi pun menjawab,
"Aku cuma bingung kamu nanti nak keluarkan duit dari mana!!!"


Rumah Kahwin

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !


MARRIAGE (Part I)

Typical macho man married typical good-looking lady
and after the wedding, laid down the following rules: Ill be home
when I want, if I want and at what time I want- and I dont expect any hassle
from you. I expect a great dinner to be on the table unless I tell you. I'll
go hunting, fishing, boozing and card-playing when I want with my
old buddies and dont you give me a hard time about it. Those are my rules. Any comments?

His new bride said, No, thats fine with me. Just understand that there'll be sex here at ten oclock every night......whether you're here or not.


MARRIAGE (PART II)
Husband and wife had a bitter quarrel on the day of
their 40th wedding anniversary. The husband yells, When you die, I'm
getting you a headstone that reads, Here Lies My Wife - Cold As Ever.


Yeah? she replies. When you die, Im getting you a headstone that reads,
Here Lies My Husband - Stiff At Last.

MARRIAGE (PART III)
A husband (a doctor) and his wife are having a fight at the breakfast table. Husband gets up in a rage and says, And you are no good in bed either, and storms out of the house.
After sometime, he realises he was nasty and decides to make amends and rings her up. She comes to the phone after many rings and the irritated husband says, What took you so long to answer the phone? She says, I was in bed. In bed this late.....doing what? he asked.

Getting a second opinion!

MARRIAGE (PART IV)

A man has six children and is very proud of his achievement. He is so proud of himself, that he starts calling his wife, Mother of Six in spite of her objections. One night, they go to a party. The man decides that its time to go home and wants to find out if his wife is ready to leave as well.

He shouts at the top of his voice, Shall we go home Mother of six? His wife, irritated by her husbands lack of discretion
shouts right back, "Anytime you're ready, Father of Four! "


MARRIAGE (PART V)

A man and his wife were having some problems at home and were giving
each other the silent treatment. The next week the man realised that he
would need his wife to wake him at 5:00 am for a flight to Europe. Not
wanting to be the first to break the silence, he finally wrote on a of paper, Please wake me tomorrow morning at 5:00 am.

The next morning the man woke up, only to discover it was 9:00am, and
that he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why
his wife had'nt woken him when he noticed a piece of paper by the bed....it said Its 5:00am, wake up.

Cerita Cerita Seram~~

Tuesday, July 20, 2010

1. Budak Bogel Muncul Di Padang

Sudah lewat petang. Tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang, namun Rosli tetap meneruskan kerja mencuci sebuah lori milik syarikat tempatnya bekerja yang perlu disiapkan pada petang itu juga. Rosli yang baru sebulan bekerja di ladang ternakan lembu di Kampung Bukit Pak Kuning, dekat Kuala Ketil, Kedah, ditugaskan mencuci kenderaan terbabit kerana sudah lama tidak dicuci.

Dengan menggunakan air disediakan dalam kolam berhampiran kandang yang menempatkan ternakan itu, beliau meneruskan kerja walaupun bersendirian, kerana pekerja lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Ketika asyik mencuci lori itu, dia berasa seolah-olah ada orang memerhatikan gerak-gerinya. Dipantaunya persekitaran, tetapi yang dilihat hanya suasana semakin samar dan hening.

“Ketika membongkok mencuci tayar, tiba-tiba kedengaran bunyi seperti binatang meragut rumput. Sebaik menoleh ke arah bunyi itu, alangkah terkejutnya apabila ternampak dua ekor kerbau merenung ke arah saya.

“Terasa badan menggeletar kerana setahu saya, tiada binatang berkenaan dipelihara di ladang itu. Walaupun ketakutan, saya kuatkan semangat memerhatikan kerbau yang berwarna hitam pekat itu,” katanya ketika ditemui di ladang terbabit, baru-baru ini.

Ketika berdepan kehadiran binatang yang datang entah dari mana itu, dirinya diresap dengan pelbagai andaian membuatkan keberaniannya tercabar.

Yakin dengan apa yang dilihatnya bukan kerbau biasa, Rosli berundur setapak demi setapak ke bahagian belakang lori bagi mencari jalan untuk memboloskan diri dari situ.

Ketika bersembunyi di belakang lori, dia mengintai dari celah kenderaan itu kerana bimbang diekori kerbau terbabit. Sekali lagi dia terkejut kerana binatang itu sudah ghaib.

Kebetulan bunyi azan kedengaran dari masjid berhampiran. Tanpa membuang masa, Rosli meluru ke arah motosikalnya lalu menghidupkan enjin meninggalkan ladang berkenaan.

Ketika menunggang motosikal jenis kap cai yang terpaksa melalui jalan tanah merah, perasaan takut menghantui dirinya. Beliau bimbang dihalang binatang itu di tengah jalan. Kalau itu berlaku, tak tahulah apa yang terjadi ke atas dirinya.

Disebabkan ketakutan, motosikal yang ditunggangnya nyaris terbabas. Bagaimanapun, dia dapat mengawalnya dan
selamat sampai di rumah yang disewa tidak jauh dari kawasan ternakan lembu itu.

Rosli yang berasal dari Kampung Kuala Pegang, dekat Baling, tidak lagi berani pulang lewat petang sejak mengalami kejadian menyeramkan itu. Kalau banyak kerja, dia akan menyiapkannya sebelum senja. Berikutan peristiwa itu, lama juga perasaannya terganggu. Dia yakin kalau kerbau liar sekalipun, tentu haiwan itu tidak akan muncul dalam keadaan menakutkan.

Lagi pun, dia bukan tidak biasa dengan kerbau dan lembu. Sebagai anak desa, Rosli tahu dan memahami habitat ternakan itu. Disebabkan memikirkan tanggungjawab untuk menyara isteri dan anak, apatah lagi tidak mempunyai kelulusan tinggi, beliau terus bekerja dengan syarikat berkenaan.

Gaji diterima agak baik, selain sikap majikan yang boleh dibawa berunding, membuatkan dia tidak bercadang mencari peluang pekerjaan di tempat lain. Bagaimanapun, pengalaman didatangi sepasang kerbau itu bukan kali pertama dialaminya. Sebelum itu, Rosli pernah diuji dengan peritiwa yang membuatkan bulu romanya menegak kerana ketakutan.

Suatu malam, kira-kira jam 11.30 malam dia pergi ke ladang itu bersendirian untuk memeriksa enjin pengepam air. Terasa cuak juga tapi kerana tugas, beliau mengetepikan usikan gementar hatinya.Suasana malam itu agak gelap kerana bulan tidak mengambang penuh. Namun, dia terus melakukan kerja bagi memastikan jentera terbabit dapat berfungsi dengan baik.

Ketika menuju ke arah kandang lembu, Rosli ternampak seperti seorang budak berjalan di kawasan padang ragut yang jaraknya kira-kira 800 meter dari kandang itu.Dalam samar-samar cahaya bulan, dia mengamati apa yang dilihatnya. Keyakinan dirinya teruji kerana mustahil seorang budak berani berjalan seorang diri pada waktu malam di kawasan terpencil itu.

Perasaan ingin tahu apa yang sebenar dilihat menguasai dirinya. Dengan menggunakan lampu picit, dia menyusuli budak itu. “Ya Allah! Apa benda ni!” terkeluar suaranya dalam ketakutan apabila yang dilihat ialah seorang budak menjinjing seketul tulang sebesar betis.

Budak itu yang berbogel terus berjalan menuju ke arah belukar bersempadankan kebun getah di pinggir padang ragut berkenaan. Tanpa berfikir panjang, Rosli buka langkah seribu meninggalkan tempat itu.

Bagaikan dikejar anjing gila, Rosli mempercepatkan langkah menuju ke bangsal lembu. Sebaik sampai, dia terus menerpa motosikal dan memecut pulang ke rumah.

“Saya memberanikan diri menjejaki ‘budak’ itu kerana tiada tanda-tanda pelik seperti bau busuk sepertimana kejadian yang dikaitkan dengan makhluk halus.

“Mungkin menyedari kehadiran saya, budak itu hilang sekelip mata. Apa tunggu lagi... cabutlah!,” kata Rosli sambil ketawa kecil.

Rosli berkata, sepanjang usianya 25 tahun, pengalaman aneh bekerja di ladang terbabit dianggap sebagai asam garam kehidupan yang dapat meningkatkan kematangan dirinya.Katanya, ada hikmah tertentu di sebalik peristiwa berkenaan, yang mana mungkin Tuhan ingin menguji kekuasaanNya menjadikan alam semesta ini dengan pelbagai kehidupan, termasuk makhluk halus.

Justeru, beliau menggangap apa yang dialaminya boleh menginsafkan dirinya, mengenai kehadiran makhluk lain ciptaan Tuhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.


2. Berdailog Dengan Jin Dari Baghdad


Bulu romanya meremang. Tanpa menghiraukan apa yang berlaku, Pak Itam meneruskan khutbah. Dia tidak dapat menghentikan khutbahnya dan terus bercakap. Rasa hairan timbul dalam benak fikirannya, suaranya jadi garau, tetapi begitu fasih berbahasa Arab. Padahal, Pak Itam tidak pernah belajar bahasa itu. "Kerasukan ini seakan menjadi sebahagian dalam kehidupan saya, hampir setiap hari jin itu akan hadir dan member! ceramahnya kepada sesiapa sahaja yang ada berdekatan dengannya.
Ayah saya cuba mengubatinya dengan membawa beberapa orang bomoh dan ustaz tetapi malangnya, jin itu semakin agresif," ujar Pak Itam ketika bertemu dengan Prof Dr Shahrin Abdul Rahman atau dikenali sebagai Ustaz Shahrin. Sememangnya kehebatan Ustaz Shahrin dalam mengubati penyakit-penyakit 'halus" ini memang tidak dapat dinafikan.

Pak Itam bertemu Ustaz Shahrin. Di Klinik Qalbun Salim di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Pak Itam ditenteramkan oleh Ustaz Shahrin. Ketika itu, Pak Itam dipapah oleh beberapa kawan yang menemaninya. Mukanya pucat dan mengigil. Sewaktu Ustaz Shahrin memegang Pak Itam, dia terasa sesuatu seperti kejutan elektrik. "Saya minta keluarga Pak Itam menebuk dua biji kelapa muda, menyediakan alat mandian untuk Pak Itam. Bila siap kesemuanya, saya akan memulakan rawatan dengan meminta pesakit membaca istighfar 100 kali, selawat 100 kali dan kalimah toyyibah 100 kali sebagai proses pembersihan dan sementara itu saya menjalankan ritual untuk mengeluarkan jin dari badan Pak Itam," jelas Ustaz Shahrin sambil didengari oleh beberapa orang rakan Pak Itam dan ahli keluarganya.

Sewaktu Ustaz Shahrin membaca 70 kali ayat Kursi, Pak Itam terus kerasukan, tetapi tidak agresif. Watak jin bertukar-tukar. Ustaz Shahrin yakin, jin itu juga berbeza-beza. Tetapi jin terakhir sekali itulah jin induk kepada jin-jin lain yang bernama Abdul Qahar. Ketika jin Abdul Qahar dirukyahkan (dibacakan beberapa ayat dari al-Quran), jin itu berbicara dalam pelat Arab Melayu. Jin mengatakan datang dari Baghdad. Cuma sudah lama bermastautin di Kota Bharu.

Bila Ustaz Shahrin tanya bagaimana jin itu boleh merasuk ke dalam badan Pak Itam, kata jin yang lebih kurang maksudnya, "siapa suruh Pak Itam membaca wirid tanpa ada panduan dari orang yang pandai tentang hikmah. Jadi sebab itulah aku (Jin Abdul Qahar) merasuknya." Barulah Ustaz Shahrin tahu, selama ini Pak Itam mengamalkan bacaan wirid tanpa mendapat panduan guru atau orang yang bijak pandai dalam pengamalannya. Pak Itam telah membeli beberapa buah buku wirid dan mengamalkan secara berlebih-lebihan serta menambah bilangan wirid mencapai ribuan.

Berlakulah sesi dialog antara jin dan Ustaz Shahrin. Ustaz Shahrin telah mengambil pendekatan "memujukf dan tidak memaksa. Jin itu diberi tempoh untuk keluar dari badan Pak Itam dalam tempoh seminggu. Dalam pada itu, Pak Itam telah dimandikan dengan bahan-bahan yang telah dijampi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Seminggu lagi, Pak Itam kembali semula. Ketika itu, jin Abdul Qahar datang dan berjanji akan keluar pada hari itu juga dan tidak akan mengganggu Pak Itam. Ustaz Shahrin meminta Abdul Qahar supaya pulang ke Baghdad untuk berkhidmat di negaranya yang asal bersama dengan kumpulannya. Kini Pak Itam telah pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani kerja dan penghidupan sehariannya dengan baik.

"Jangan mengamalkan sesuatu wirid atau mempelajari sesuatu ilmu itu tanpa guru yang membimbing. Dapatkan guru yang betul-betul arif dalam bidang tersebut walaupun secara jarak jauh," nasihat Ustaz Shahrin kepada Pak Itam.


3.Padah Mulut Celupar


Sudah banyak kali Sidek menasihati Leman supaya jangan suka cakap besar dan bermulut celupar ketika bekerja menjaga enjin pam air yang disalurkan untuk menyiram pokok anak sawit di tapak semaian. Bagi Sidek, tiada gunanya bercakap besar dan bermulut celupar terhadap hantu atau syaitan. Jika tersilap cakap, ia boleh membawa padah kepada diri sendiri.

Sewaktu bersekolah dulu, Sidek pernah mendengar kata-kata yang diucapkan seorang ustaz bahawa hantu atau syaitan adalah makhluk yang wujud secara ghaib dan kewujudannya ada diterangkan dalam al-Quran.

Namun, yang jelas Leman bukan mudah makan nasihat. Enjin pam air itu terletak dalam sebuah bangsal beratap zink kira-kira dua kilometer dari rumah tempat tinggal pekerja ladang.

Sidek menjaganya pada sebelah malam, manakala Leman pada siang. Oleh kerana siang ada perkerja lain bekerja di tapak itu, Leman tidak berasa takut.

Disebabkan inilah, Leman celupar mulutnya dan suka bercakap besar. Lebih teruk lagi, dia suka menakut-nakutkan Sidek.

Bagi Sidek, dia bukan macam Leman. Orangnya peramah dan sukar mendengar dia mengutuk orang atau mencaci-cerca siapa saja. Dia juga tidak suka cakap besar. Jadi, tiada sebab kenapa dia perlu takut dengan makhluk Allah itu.

Bahkan, buku kecil mengandungi surah Yasin serta doa sentiasa ada bersamanya ketika bekerja menjaga enjin pam air itu. Dia rajin membaca surah Yasin sementara mata mengantuk.

Sidek percaya makhluk Allah yang ditugaskan untuk menggoda dan menyesatkan manusia tidak berani menghampiri orang yang membaca al-Quran dan sentiasa berdoa kepada Allah meminta perlindungan dariNya.

Walaupun Sidek sempat bersekolah setakat darjah enam, ilmu yang ada cukup untuk menjadi panduan hidup serta bersyukur dengan kerja yang dilakukan. Ini kerana kerja itu sesuai bagi orang yang tidak berkelulusan tinggi sepertinya.

“Macam mana semalam dek? Ada tak hantu kacau kau? Kalau ada, kau panggil aje aku, nanti aku pulas telinganya,” kata Leman ketika mengambil alih tugas daripada Sidek suatu pagi.

“Alhamdulillah, aku tak ada apa-apa. Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhi daripada gangguan makhluk penggoda itu. Setakat ini tiada masalah lagi,” balas Sidek berlalu pergi meninggalkan Leman yang macam terpinga-pinga.

Sebelum ini Sidek dengar, ada pekerja yang menjaga enjin pam air itu diganggu. Ramai pekerja yang ditugaskan menjaga enjin pam air itu meminta majikan menukar mereka ke bahagian lain. Ada juga yang sanggup berhenti kerja kerana tidak tahan.

Antara gangguan yang mereka alami ialah pekerja yang tidur pada malam itu diangkat dari bangsal dan diletak dipinggir hutan berdekatan. Ada juga cerita menyatakan dada mereka ditekan oleh makhluk itu.

Kira-kira jam 11 pagi selepas mengambil alih tugas daripada Sidek pada pagi itu, Leman yang ada di bangsal enjin pam air itu berasa sangat mengantuk. Ketika itu, pekerja lain berehat di tapak semaian.

Leman tertidur di bangsal itu. Kira-kira jam 2.30 petang, pekerja di tapak semain itu mula pulang. Sebelum pulang, pemandu traktor mengangkat pekerja untuk pulang ke bangsal enjin pam air itu.

Pemandu berkenaan menyangka Leman sudah pulang kerana dia tidak kelihatan di bangsal itu.

Kira-kira jam enam petang, isteri Leman pergi ke rumah Sidek untuk bertanya kenapa suaminya belum pulang lagi.

Sidek mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku kepada kawannya. Dia mengajak seorang ‘mandor’ yang menjaga pekerja tapak semaian dan beberapa pekerja lain mencari Leman di bangsal berkenaan.

Sebaik sampai di bangsal enjin pam air itu, Sidek segera mencari Leman. Dia terkejut melihat Leman di atas bumbung bangsal.

Bagaimanapun, Leman sudah sedar daripada tidur tetapi tidak dapat turun dari bumbung bangsal.

Sidek kemudian mencari tangga kayu yang ada di sekitar bangsal untuk menurunkan Leman yang berwajah pucat kerana ketakutan.


4. Misteri Serindit Jinak


Beberapa orang bomoh yang datang ke rumah Cek Embung pun tidak berjaya menyembuhkan penyakit anaknya itu. Setiap malam Azri akan melolong kesakitan dan kepanasan. Dan keesokannya pasti badan Azri akan lebam-lebam di sekitar lengan, badan, leher dan kakinya. Anak-anak Azri terpaksa di tinggalkan di Johor sahaja memandangkan waktu persekolahan masih berjalan seperti biasa. Isterinya pula terpaksa menahan diri daripada menjaga Azri yang sedang sakit demi anak-anak.

Genap sebulan, Azri seakan tidak dapat menahan penyakitnya. Malam itu pekikannya cukup kuat sehingga mengejutkan jiran tetangga. Tercungap-cungap Azri menahan sakit. Dukun Awang memegang ibu jari kaki Azri. Wajahnya berkerut seakan curigakan sesuatu.

"Tolong... tolong jangan dekati saya. Lepaskan saya, saya janji tak akan ganggu kamu lagi," jerit Azri lama-kelamaan kian perlahan dan tidak berdaya.Di hujung serambi sekumpulan lelaki berkopiah tekun membaca surah Yasin. Harapan mereka agar anak Cek Embung sembuh semula. Sebaik selesai bacaan mereka, rontaan Azri pun sudah tidak kelihatan. Masing-masing memandang sesama sendiri; masing-masing tidak dapat menyembunyikan perasaan bersyukur sebaik tidak mendengar jeritan yang mengerikan seperti sebelumnya. Ketua kumpulan bangun mendapatkan Cek Embung.

Sayangnya bukan berita gembira yang mereka terima, sebaliknya Azri telah pun kembali ke rahmatullah pada malam itu juga. Isteri dan anak-anak hanya sempat bertemu jenazahnya sahaja. Ratapan isteri dan anak-anaknya begitu menyayat hati orang kampung. Walaupun demikian, misteri pemergian Azri masih belum ada jawapannya.

Seperti hujung-hujung minggu yang lain, Azri rasa tidak sabar mahu memikat burung di hutan Paloh. Kebetulan hujung minggu itu temannya, Razlan mempunyai hal yang lain. Puas dipujuk akhirnya Razlan mengalah juga dan menemani Azri memikat burung. Kebetulan cuaca elok sahaja pagi itu. Sesampai di hutan Paloh Azri telah memasang jerat yang biasa digunakan di perdu pokok-pokok kegemarannya. Sebaik selesai memasang perangkap, hujan renyai-renyai membasahi hutan Paloh. Azri dan Razlan berkejar cemas mencari tempat berteduh. Dari jauh Azri terpandang sebuah rumah kayu lama dan mengambil keputusan berteduh di situ.

"Kau tahu ini rumah siapa Razlan?" Tanya Azri spontan.
"Entahlah. Tapi aku pernah dengar cerita orang-orang kampung yang dekat pinggir hutan ni ada sebuah keluarga kaya. Ceritanya anak-anaknya semua enggan tinggal bersama emaknya yang dikatakan membela 'sesuatu'. Akhirnya emaknya sendirian tinggal di rumah pusaka yang besar itu," cerita Razlan seolah-olah tanpa sedar dirinya berada di dalam hutan. Dan dia sepatutnya menjaga tingkah laku dan bicaranya semasa dalam hutan.

"Entah-entah inilah rumah perempuan itu tak," jawab Azri sambil tangannya ligat bermain dengan sanggul emas yang dijumpai di serambi rumah.
"Hish kau ni Azri. Mulut tu janganlah celupar sangat. Kita ni tumpang berteduh saja kat sini. Yang kau ni dari tadi aku tengok asyik main sanggul tu buat apa. Janganlah berani-berani engakau sentuh apa-apa kat sini. Kita tak tahu itu siapa punya. Baik engkau letak balik," tegur Razlan. "Alan, aku bukannya nak ambil. Aku belek-belek saja. Aku bosanlah tak tahu nak buat apa ni," balasnya. Suasana sunyi beberapa minit menyelubungi keduanya.

"Razlan cuba kau tengok belakang badan aku nih. Ada hantu bertenggek ke? Apasal berat semacam aje," kata Azri memecah kesunyian. Terperanjat Razlan mendengar pertanyaan Azri. Geram pun ada. Rasanya seperti mahu menampar sahaja mulut celupar Azri itu. Tanpa berlengah, Razlan menukar tajuk perbualan. Tidak lama kemudian hujan kembali reda. Dan mereka berdua menuju ke setiap pokok yang telah di pasang perangkap tadi.

Walaupun Azri tidak dapat meneruskan hajat memikat burung, tetapi dia pelik kerana ada seekor burung serindit elok bertenggek di atas sangkar yang dibawanya. Tanpa berlengah Azri menangkap dan memasukkannya ke dalam sangkar. Setibanya di rumah, Azri menyimpan burung berkenaan. Tidak diberitahu pada sesiapa termasuklah isterinya tentang burung ajaib yang jinak itu. Seminggu selepas itu Azri mengalami mimpi pelik apabila seorang wanita tua mengarahkahnya memulangkan burung berkenaan di hutan Paloh.

Oleh sebab, hatinya terlalu ingin memiliki burung berkenaan dia enggan melepaskan. Perasaannya pun lain sekali sejak menyimpan burung serindit ajaib itu. Dan sejak itu Azri selalu sahaja mengalami lebam-lebam badan. Akhirnya dia dibawa pulang ke kampung halaman setelah tidak mampu untuk berdiri lagi.


5. Imej Ganjil Dalam Foto


Pelbagai kejadian pelik pernah menimpa dan berlaku kepada sesiapa saja di dalam hidup ini. Minggu ini beberapa kejadian pelik yang menimpa peminat fotografi, Sakel (bukan nama sebenar) elok dijadikan iktibar dan mungkin boleh merangsang fikiran kita berfikir sesuatu mengenai hal-hal luar dugaan yang boleh berlaku dalam kehidupan.

Sakel sebenarnya bukan orang baru dalam dunia fotografi kerana pernah mendapat latihan di sebuah universiti tempatan dan pernah juga bertugas sebagai jurugambar bebas.Minatnya dalam dunia fotografi sering membuatkan dia beberapa kali ke luar negara dan tempat tertentu di negara ini.

Antara kejadian pelik yang pernah dilalui Sakel ialah sewaktu merakamkan gambar sebuah kubur panjang, dikatakan kubur lama, yang terletak di hutan simpan di Tanjung Selamat, Port Dickson, beberapa tahun lalu.

Bertemankan seorang penduduk, Sakel mengharap sangat gambar yang dirakamnya dapat digunakan untuk penerbitan sebuah majalah berbahasa Inggeris keluaran negara luar.

Ini kerana sebelum itu, seorang rakannya yang bertugas di majalah berkenaan ada menyatakan tawaran menggunakan gambar Sakel untuk dimuatkan dalam edisi misteri dalam majalah yang terjual hampir seluruh dunia itu.

Ketika tiba di kawasan perkuburan lama yang dikelilingi hutan tebal, hanya beberapa meter dari laut itu, Sakel mengakui dirinya terasa lain. Ketika itu baru jam 4 petang.

“Kubur lama itu panjangnya lebih kurang empat meter, di atas tanahnya ada beberapa batu licin, mungkin sebagai nisan. Saya terus merakamkan gambar dari pelbagai sudut menarik. Tiba-tiba melintas seekor ular tedung berwarna hitam.

“Saya berasa ada keindahan dan seni di kawasan kubur itu. Saya yakin ia sesuai degan konsep yang dikehendaki kawan saya, seorang warga negara Hong Kong. Bila keadaan semakin gelap, kami pulang,” ceritanya.

Bagaimanapun, kejadian pelik berlaku esoknya apabila Sakel terkejut mendapati dua gulung filem yang dicucinya tidak langsung mengandungi gambar kubur lama. Sebaliknya kebanyakan gambar itu yang sedikit kabur memaparkan imej seekor labah-labah besar.

Kejadian pelik juga dilalui Sakel ketika dia cuba merakam gambar di sebuah makam lama di Kuala Selangor. Tidak pernah dalam sejarahnya terbabit dalam dunia fotografi lebih 15 tahun, kameranya tiba-tiba tidak berfungsi.

“Puas saya membetulkannya, tetapi kamera saya seperti dikunci. Kecewa dengan keadaan itu, saya turun ke bawah untuk ke kedai gambar meminta bantuan. Sebaliknya apabila tiba di kedai itu, kamera yang saya gunakan boleh berfungsi semula,” katanya.

Mulanya Sakel menyangkakan keadaan itu hanya kebetulan. Berikutan itu, dia naik semula ke atas bukit untuk merakamkan semula gambar makam berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan sama berulang. Kameranya masih seperti terkunci dan Sakel terus membatalkan hasratnya lalu segera pulang ke rumah.

Satu lagi kejadian pelik yang menimpa Sakel sejak terbabit dalam dunia fotografi ialah ketika dicabar merakam gambar objek bercahaya yang sering kelihatan pada waktu malam di pantai Port Dickson, di tempat yang sering menjadi pembuangan abu mayat.

Menurut Sakel, seorang kawannya mencabar dia merakamkan kejadian yang sering berlaku itu. Ini kerana dia beberapa kali cuba merakamkan fenomena itu, tetapi gagal.

Sakel cuba dengan segala kemahirannya merakamkan objek bercahaya yang melintasi beberapa kali dan hilang di ruang udara itu.

Satu kejadian pelik akhirnya berlaku keesokannya. Sakel berasa terkejut dan tubuhnya menjadi gementar apabila menatap setiap keping gambar yang dicuci. Mulanya dia seperti tidak percaya, tetapi dia melihat semula dengan menggunakan kanta pembesar.

Memang sah, satu lagi kejadian pelik dilaluinya. Satu imej lebih jelas dapat dilihat, tetapi bukan imej cahaya yang dirakamkannya.

“Ia imej seperti seorang bayi sedang terbang dan terawang-awang di udara dalam suasana gelap,” katanya.

Beberapa kejadian pelik yang dilalui Sakel bagaimanapun tidak pernah membantutkan impiannya untuk terus terbabit dalam dunia fotografi.

“Mungkin gambar atau kejadian pelik itu ada hikmahnya yang menuntut kita berfikir kebesaran
Tuhan!” kata Sakel.


6. Diganggu Selepas Kematian Nenek


Aku memang rapat dengan nenek. Mungkin kerana dia yang membesarkan aku sehingga usia ku lima tahun. Walaupun aku jauh di bandar bersama kedua orang tua dan adik-beradik ku yang lain, namun ingatan ku terhadap atuk nenek yang telah menjaga ku tidak pernah luntur. Pantang ada cuti pesekolahan, pasti pulang menemankan atuk dan nenek kampung. Nenek memang telah lama hidap penyakit jantung.

Memang, ibu menyatakan hasrat untuk membawa nenek duduk dengan kami di bandar, namun memikirkan atuk yang tidak mahu berpindah harapan itu hanya tinggal harapan, pun kalau boleh mana mungkin meninggalkan kampung halaman sebati dalam dirinya. Jadi sakit atau sihat, susah atau senang, hanya atuk dan nenek yang menanggung berdua. Nak harapkan anak-anak yang lain, semuanya tidak berduit. Hanya ibu tempat atuk dan nenek mengharap. Tapi kami semua tinggal jauh di Kuala Lumpur. Memang sukar untuk menjenguk ke kampung setiap masa. Itulah masalah yang melanda, sehinggalah nenek menghembuskan nafas terakhir bila kesakitannya sampai ke kemuncak.

Aku benar-benar terkilan kerana nenek tidak menunggu aku menamatkan pelajaran. Aku mengharapkan untuk membantu nenek dan atuk sesudah tamat pengajian ku di universiti nanti. Biarlah aku bekerja di kampung. Dapat juga menemankan mereka yang kesunyian. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Nenek pergi sebelum sempat merasa wang gaji ku terlebih dahulu. Kini aku menghabiskan percutian semester akhir sambil menemani atuk di kampung. Seperti nenek, atuk pun berkeras tidak mahu berpindah. Biarlah, hati orang tua jangan diusik. Jangan sampai mereka tersinggung.

Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi jendela terbuka dan tertutup. Ku cuba amati dengan lebih jelas. Sahlah bunyi itu datang dari arah ruang hadapan rumah. Siapa pula yang buka jendela malam-malam buta ni? Takkan atuk tak tidur lagi. Aku mengambil keputusan untuk membiar-kan saja hal itu. Mungkin mainan perasaan ku barangkali. Ku kerling jam di kepala katil yang kini sudah menunjukkan jam 2 pagi. Hati ku makin tak sedap. Ku cuba pejamkan mata rapat-rapat. Tiba-tiba terdengar lagi bunyi pintu dan tingkap terbuka. Kali ini lebih kerap. Angin malam yang tadinya menyamankan tiba-tiba bertiup ganas. Aku bingkas bangun dari katil dan berhajat keluar bilik untuk memastikan keadaan di luar. Saat aku ingin memulas tombol pintu bilik, dada ku berde-bar tidak menentu.

Pelik. Takkan hanya aku seorang yang perasan sedangkan atuk seolah tidak terdengar langsung bunyi tersebut. Bunyi daun tingkap dan pintu berkeriut makin galak. Telinga ku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti keluar dari bilik demi memastikan apa yang terjadi. Sebaik saja pintu bilik ku terbuka, aku terus menerpa ke bilik atuk dan mengetuk daun pintu biliknya bertalu-talu.

"Ada apa, Fatin. Kenapa masih tak tidur lagi?" Tanya atuk sambil memisat-misatkan matanya yang hampir rabun itu.
"Atuk , Fatin nak minta atuk temankan Fatin tutup tingkap dan pintu. Dari tadi berkeriut ditiup angin kencang."
"Ye, ke? Atuk tak sedar pun." Kata atuk sambil jarinya menekan suis lampu ruang tamu dalam cahaya lampu dapur yang samar-samar itu.
Aku membuntuti atuk berjalan menghala ke ruang tamu.
"Mana ada pintu terbuka. Tengoklah, Fatin. Bukankah masih terkunci ni?" Kata atuk sambil meninjau ke semua jendela dan pintu yang terdapat di ruang tamu rumah itu.Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
" Tapi, Tokl betul Fatin dengar. Tadi ia terbuka dan tertutup beberapa kali. Angin kuat tadi, Tok." Kata ku membela diri.

Aku rasa aku masih belum nyanyuk lagi untuk membezakan antara realiti dan fanfasi.
"Sudahlah Fatin, tak ada apa-apa. Mainan perasaan aje tu. Dah, pergi masuk tidur. Esok kan kita nak ke kubur arwah nenek?" Atuk dengan pantas memujuk hati ku.
Aku benar-benar hampa dan fikiran ku tidak putus-putus memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Penat berfikir mata ku yang sedia berat makin melabuhkan tirainya. Tba-tiba terdengar bunyi mengesot dari dalam bilik ku.

"Fatin!.heeeeeeee..." Bunyi hilaian benar-benar membuatkan aku kaget.
Sambil mulut ku terkumat-kamit membaca ayat kursi, aku dengan pantas memulas tombol pintu dan menerobos ke bilik atuk yang tidak berkunci.
"Ada apa ni, Fatin?" Tanya atuk kehairanan melihat aku yang kalut tak menentu.
"Atuk, teman Fatin tidur kat ruang tamu!" Pinta ku sambil berharap atuk faham situasi yang melanda ku ketika itu.
"Emm, dah ambilkan tilam dan bantal tu." Kata atuk mengarahkan dan aku bertekad mahu menceritakan perkara itu pada atuk esok hari saja.


7. Bertarung Dengan Penunggu


Gempar penduduk Kampung Penanti apabila terdengar bermacam malapetaka berlaku di kawasan pokok terap yang terletak tidak jauh dari kampung itu. Siang dan malam kawasan itu bergegar seperti berlaku pertarungan berebut sesuatu. Kadang-kala terdengar seperti ribut taufan melanda kawasan itu. Dahsyat!... bagaikan tercabut pokok dibuatnya, tapi tiada tanda angin bertiup kencang. Pokok yang tumbuh merimbun tetap kaku membisu.

Penduduk faham dan arif dengan situasi tempat itu. Tidak seorang pun berani menjenguk kawasan berkenaan. Kawasan itu ditumbuhi sebatang pokok terap sebesar sepemeluk yang dianggap berpenunggu. Bercelaru otak mereka memikirkan kejadian yang belum pernah berlaku selama beratus tahun mereka tinggal di kampung yang jauh di pedalaman itu. Hendak dikatakan binatang buas berkelahi, suara sedikit pun tidak kedengaran.

Suatu hari Pak Dollah, antara ahli kumpulan yang terbabit merintis laluan untuk dijadikan jalan dari kampung itu ke sebuah pekan, diberitahu mengenai kejadian pelik itu. Pak Dollah terkejut apabila mendengar kisah itu. Dia turut berasa bimbang jika kejadian itu ada kaitan dengan perbuatan makhluk halus yang cuba mengganggu keselamatan penduduk.

“Hamidun, kamu beritahu penduduk supaya bertenang. Kejadian itu di luar kemampuan kita untuk mengatasinya. Aku tahu apa sebenarnya berlaku di situ.
“Pertarungan antara dua pihak kini berlaku di situ. Mereka bertarung di alam lain. Kita tidak nampak mereka,” Hamidun pulang ke rumah sebaik mendengar penjelasan Pak Dollah.

Kejadian aneh yang membimbangkan penduduk itu mengingatkan Pak Dollah kepada peristiwa yang dialaminya ketika merintis jalan sebulan sebelum berlaku kejadian berkenaan. Pak Dollah dan 20 penduduk lain diberi tugas merintis jalan kira-kira tiga kilometer dari kampung itu ke sebuah pekan bagi memudahkan penduduk berurusan di pekan terbabit.

Bagaimanapun, kumpulan perintis jalan diketuai Pak Dollah tidak dapat meneruskan usaha kerana terhalang oleh sebatang pokok terap yang dipercayai berpenunggu. Pokok hutan itu yang berbanir tujuh tumbuh betul-betul di tengah laluan. Mereka sepakat menebangnya, tapi ada saja halangan dihadapi. Kapak yang digunakan patah dan dua rakan Pak Dollah secara tiba-tiba pengsan ketika membaiki kapak yang rosak.

Pada hari itu, mereka terpaksa pulang. Dalam perjalanan, dua rakan yang pulih dari pengsan berasa pening kepala yang amat sangat. Mereka terpaksa dipapah pulang ke rumah masing-masing.Pak Dollah yang membuntuti rakan yang lain berasa ada sesuatu mengekorinya menyusuri di celah anak pokok. Di toleh kiri dan kanan tapi tidak kelihatan apa pun.

Keesokannya, mereka menjalankan tugas seperti biasa. Kali ini ujian lebih getir menimpa mereka. Ketika kapak dihayun untuk menebang pokok terap itu, kedengaran seolah-olah beberapa pokok lain tumbang. Bertempiaran mereka lari menyelamatkan diri. Pak Dollah yang kuat semangat sempat memerhatikan sekitar, tetapi tidak kelihatan sebatang pokok pun tumbang.

Menyedari ‘kekebalan’ tempat itu sukar ditembusi, Pak Dollah mengambil keputusan mendapatkan khidmat Tok Guru Semaun, guru silat disegani di kampung berkenaan. Tok Guru Semaun berusia 70 tahun berasal dari negara jiran seberang Selat Melaka dan membuka tiga gelanggang silat di kampung itu, setuju dengan saranan Pak Dollah.Bagaimanapun, sebelum melaksanakan misi, Tok Guru Semaun mengingatkan Pak Dollah supaya merahsiakan perkara itu. Beliau tidak mahu kehebatannya diwar-warkan. Pak Dollah akur dengan arahan Tok Guru Semaun.

“Beritahu orang ramai, jangan panik jika terdengar sesuatu yang pelik berlaku di kawasan pokok itu,” beritahu Tok Guru Semaun.

Seminggu lamanya Tok Guru Semaun bertarung untuk mengusir penunggu pokok terap itu. Segala ilmu kebatinan dimilikinya digunakan bagi menumpaskan penunggu degil itu.Anak pokok serta tumbuhan lain di sekitar pokok terap itu ranap akibat pertarungan antara Tok Guru Semaun dan penunggu berkenaan. Kesan pada kulit pokok yang berkecai menunjukkan sengitnya pergelutan mereka.

Tok Guru Semaun sedikit pun tidak beri muka untuk menundukkan penunggu yang dipercayai dari jenis jin itu. Dia mahu membuktikan manusia adalah makhluk yang tidak akan sujud kepada iblis dan syaitan.Masuk hari ke lapan, penduduk dikejutkan dengan kejadian sebatang pokok terbakar bagaikan disambar petir. Keesokannya, kelihatan Tok Guru Semaun selamba berjalan pulang ke rumah.

“Dollah, ajak orang kampung meneruskan kerja menebas dan merintis jalan itu. InsyaAllah, tiada lagi gangguan di kawasan berkenaan.
“Kita perlu ada jalan supaya orang kampung boleh menjalankan pelbagai urusan seperti berniaga dan membeli barang keperluan di pekan berkenaan.
“Jika ada apa-apa masalah, jangan segan beritahu saya. Saya akan tolong setakat yang boleh,” jelas Tok Guru Semaun.

Sambil menyuap kuih bingka ke mulut, Pak Dollah merenung ke arah muka Tok Guru Semaun. Berkata hatinya...bukan calang-calang, orang tua ni.Sejak kampung berkenaan mempunyai jalan, penduduk giat menjalankan perniagaan di pekan terbabit. Pelbagai hasil kampung seperti sayuran dan ternakan di jual di situ.Malah, Tok Guru Semaun sendiri mula berminat berniaga. Seminggu sekali, dia ke pekan terbabit menjual ayam kampung, akar kayu dan sayuran.

Bagi memastikan tanaman serta ternakan penduduk tidak dimusnahkan musuh tanaman, Tok Guru Semaun memberikan petua supaya tanaman dapat ditanam tanpa gangguan binatang seperti baik dan kera.Di samping itu, Tok Guru Semaun mengingatkan penduduk yang berniaga supaya tidak mementingkan keuntungan, menjual barang dengan harga tinggi dan menipu pelanggan.

Nasihat beliau diterima penduduk kampung itu. Berikutan itu, ramai di kalangan penduduk berjaya menjalankan perniagaan masing-masing.Walaupun terpaksa berjalan kaki ke pekan berkenaan, mereka tabah membawa hasil pertanian untuk dijual bagi menambah pendapatan untuk menyara keluarga.

~TAMMAT~
~~selamat membaca~~